Terjemah al Madkhal ila Mazhab al-Imam al-Syafi’i
1 min read

Terjemah al Madkhal ila Mazhab al-Imam al-Syafi’i

4.5/5 - (2 votes)

Karya yang ingin dibicarakan secara ringkas bagi mengisi catatan karya ulama kali ini adalah sebuah buku yang berjudul al-Madkhal ila Mazhab al-Imam al-Syafi’i (المدخل إلى مذهب الامام الشافعي). Buku yang boleh diterjemahkan judulnya sebagai “ Pengantar Mazhab Imam al-Syafi’i ” ini disusun oleh Dr. Akram Yusuf Umar al-Qawasimi.

Buku ini asalnya adalah sebuah kajian ilmiah yang disusun oleh pengarangnya sebagai desertasi bagi memperolehi ijazah doktor falsafah dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh dari Fakulti Syariah, Universiti Jordan pada tahun 2002. Karya ilmiah ini telah diterbitkan dengan cetakan pertama oleh Dar al-Nafa-is, Jordan pada tahun 2003. Edisi cetakan pertama ini telah diberikan kata pengantarnya oleh Prof. Dr Mustafa Sa’id al-Khin (1922-2008M).

Kandungan buku al-Madkhal ila Mazhab al-Imam al-Syafi’i menghimpunkan kajian lengkap mengenai kehidupan al-Imam Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi’i (150-204H), yang merangkumi sejarah hidup dan perkembangan keilmuannya. Berikut antara yang dibincangkan dalam buku ini;

   a)      Disiplin ilmu yang dikuasai dan metodologi yang digunakan al-Imam al-Syafi’i.
   b)      Karya-karya ilmiah peninggalan Imam al-Syafi’i.
   c)      Sejarah perkembangan mazhab Syafi’i.
   d)     Istilah-istilah  mazhab Syafi’i yang digunakan  dalam karya Fiqh dan Usulnya.

Buku ini perlu dibaca dan dimiliki oleh para pembaca supaya kita semua dapat mencontohi semangat dan kesungguhan usaha seorang tokoh yang hebat ini dalam menuntut dan mengembangkan ilmu pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan ilmu Fiqh dan Usul Fiqh secara keseluruhannya.

Loading

Share this:

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *